≡ Menu

Berazam Untuk Mulakan & Kembangkan Empayar Bisnes Anda Pada Tahun 2017 Ini? post image

Berazam Untuk Mulakan & Kembangkan Empayar Bisnes Anda Pada Tahun 2017 Ini?

Belajar sendiri secara “live” bagaimana cara membina dan menjalankan perniagaan dengan betul daripada tokoh-tokoh usahawan sebenar.

Kongres ABS (Kongres Sekolah Bisnes) antara event yang ditunggu-tunggu oleh para usahawan tempatan setiap tahun.

Tidak seperti event yang biasa anda hadiri, Kongres ABS ini diibaratkan sebagai tempat perhimpunan tahunan eksklusif para usahawan dan bakal usahawan di Malaysia.

Ini kerana selain sesi perkongsian ilmu daripada usahawan yang berpengalaman, ia turut diselitkan pidato dan sesi khas daripada anak-anak syarikat ABS berkongsi peluang-peluang bisnes.

Anda bukan sekadar dapat belajar ilmu bisnes dan didedahkan peluang bisnes sebenar, anda juga dapat meluaskan networking anda serta berkawan dengan lebih ramai usahawan lain.

Inilah peluang terbaik untuk anda!

Kongres ABS 2017

Alhamdulillah, pada tahun ini kongres ABS akan kembali dengan lebih hebat lagi, mengumpulkan lebih ramai para usahawan berpengalaman dalam satu pentas.

Pada kali ini Kongres ABS akan diadakan pada 29 & 30 April 2017 (Sabtu & Ahad) di Shah Alam Convention Center (SACC), Selangor bermula 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sepanjang 2 hari ini, 13 pidato akan berlangsung dan lebih 50 orang speaker yang terdiri daripada para personaliti perniagaan serta usahawan berpengalaman akan berkongsi pentas.

Antara personaliti dan speaker yang akan hadir:

  • Tuan Suhaimi Sulaiman (Bekas Ketua Editor Astro Awani)
  • Tuan Dr. Zaharudin (Pakar Kewangan Islam)
  • Puan Noraminah Omar (CEO ABS Education Sdn. Bhd)
  • Tuan Saiful Nang (Jutawan Fotografi)
  • Tuan Jaffa Sany (Pengerusi ABS Holding Sdn. Bhd)
  • Tuan Hir Effendy (CEO ABS Holding Sdn. Bhd)
  • Puan Irnee Ismail (Ketua Pengawai Kewangan ABS Holding)
  • Tuan Zusuff Kan (Pengasas Bersama ABS Holding)
  • Tuan Hasbul ‘Ariff (Pengasas Bersama Majalah Niaga)
  • Tuan Fazli Hisahak (Pakar Penjenamaan)
  • Tuan Nadhir Ashafiq (Pengasas Bersama TheLorry.com)
  • Tuan Fazreen Jasni (CEO TheVocket.com)

Terdapat juga 2 forum menarik akan diadakan sepanjang kongres ABS ini yang membariskan ahli-ahli panel yang sangat berpengalaman.

#1- Forum Hari Pertama

Tajuk: “Memacu Bisnes Kecil Ke Arah Korporat”

Ahli Panel:
Datuk Faridah Hanim (Ibu Hanim)
Tuan Ashran Dato Ghazali (CEO MAGIC)
Tuan Norizan Sharif (Pengarah Eksekutif INSKEN)

#2- Forum Hari Kedua

Tajuk: “Bisnes Kecil, Berapa Lama Harus Bertahan”

Ahli Panel:
Puan Rita Dato Sosilawati (Nouvelle Visages)
Puan Suhaili Ikhsan (ABS Education)
Puan Ernayanee Nur (Founder DEXANDRA)
Tuan Zaidi Yusof (ZY Phyto)

Jadual lengkap program yang berlangsung sepanjang Kongres ABS 2017 ini boleh didapati di sini.

Tawaran Terbaik Untuk Anda!

Pihak ABS sahkan bahawa kuota tiket VIP telah pun habis. Yang tinggal hanyalah tiket GENERAL & tiket BASIC sahaja dan jumlahnya semakin sedikit!

Tiket GENERAL (Bernilai RM450)

  • Tempat duduk yang eksklusif
  • Pintu masuk yang berasingan
  • Buku Nota Istimewa Kongres ABS 2017
  • Akses Percuma Program Selari
  • Majalah Kongres ABS 2017
  • Direktori Bisnes ABS

Tiket BASIC (Bernilai RM200)

  • Akses Percuma Program Selari
  • Majalah Kongres ABS 2017
  • Direktori Bisnes ABS

Kami ada berita baik untuk anda..

Penganjur Kongres ABS bersetuju untuk membuka kuota terhad sebanyak 100 tiket GENERAL & 100 tiket BASIC eksklusif untuk anda dengan tawaran diskaun istimewa 30%.

Dan tawaran ini HANYA TERHAD selama 24 jam sahaja bermula 10.00 pagi, 26 April 2017 hingga 10.00 pagi, 27 April 2017 SAHAJA!

“Daftar sekarang atau teruskanlah berazam..”

Jika anda seorang usahawan yang mahu meluaskan jaringan perniagaan anda dan mahu mencari inspirasi bisnes, ilmu perniagaan serta kenalan baru, inilah antara event yang WAJIB anda sertai!

Jika anda berazam mahu memulakan perniagaan pertama anda pada tahun 2017 ini dengan lebih berjaya, kami juga sangat rekomen anda untuk sertai Kongres ABS ini kerana banyak peluang perniagaan yang bakal anda terokai.

Inilah masanya untuk anda berhenti bermimpi dan mula bertindak membina perniagaan idaman anda atau mengembangkan bisnes anda dengan lebih berjaya.

Hidup ini terlalu singkat untuk membiarkan diri anda terus dibuai angan-angan kosong!

Daftar Kongres ABS Ini Sekarang Juga! (Diskaun 30% Untuk Anda)
[TAWARAN DITUTUP]